Pembahagian Pentadbiran Kesultanan Siak

Menurut Bab Al-Qawa'id, kitab undang-undang kesultanan Siak, wilayah pentadbiran kesultanan dibahagikan ke dalam 10 propinsi, setiap wilayah dipimpin oleh hakim polis yang mempunyai gelaran masing-masing. Untuk perkara agama, setiap wilayah telah dilantik seorang Imam jajahan sebagai hakim syari'ah. Adapun pembahagiannya adalah:

Propinsi Siak

  • Hakim polis propinsi Siak bergelar Tengku Besar.

Tengku Besar yang termasyhur adalah Sayyid Sagaf, sepupu kepada Sultan Syarif Kasim II yang ditunjuk sebagai wali sultan (regent) bertugas menjalankan pemerintahan semasa sultan menempuh pendidikan di Batavia dan belum dirasmikan sebagai sultan.[46]

  • Hakim Syari'ah propinsi Siak adalah Qadhi negeri Siak.
  • Sempadan-sempadan negeri: Daerah Tanjung Pematang Duku, yakni Tanjung Balai menyusuri Sungai Siak sebelah kanan sampai ke Sungai Lukur dan masuk ke dalam Sungai Mandau. Dari Sungai Mandau sampai ke Petalangan, lalu ke batin Lima Sakai, batin Delapan Sakai sehingga bertemu dengan sempadan negeri Kota Intan, iaitu sungai Lokar. Setelah dari sungai Lokar lalu mengikuti sebelah kiri Sungai Siak sampai ke petalangan Dayun, Gasib, dan Lubuk ke daratnya hingga bertemu dengan sempadan Pelalawan. Setelah itu akan sampai ke sungai Pendinau.[42]

Propinsi Tebing Tinggi

  • Hakim polis negeri Tebing Tinggi bergelar Tengku Temenggung Muda.
  • Hakim syari'ah bergelar Imam negeri Tebing Tinggi.
  • Sempadan-sempadan negeri: Pulau Rantau Tebing Tinggi, Pulau Rangsang atau Medan atau Randang, Pulau Tupang Dalam, Pulau Tupang Luar, dan Pulau Menggung, dan juga pulau-pulau kecil yang masuk dalam Kerajaan Siak.[42]

Propinsi Merbau

  • Hakim polis negeri Merbau bergelar Orang Kaya Setia India.
  • Hakim syari'ah bergelar Imam negeri Merbau.
  • Sempadan-sempadan negeri: Pulau Merbau, Pulau Padang, dan pulau-pulau kecil yang masuk dalam kerajaan.

Propinsi Bukit Batu

  • Hakim polis negeri Bukit Batu bergelar Datuk Laksmana.
  • Hakim syari'ah bergelar Imam negeri Bukit Batu.
  • Sempadan-sempadan negeri: Tanjung Pematang Duku, tepatnya Tanjung Balai menyusuri tanah besar ke sungai Senaboi sampai bertemu dengan sempadanan batin Delapan Sakai. Kemudian bertemu dengan sempadan batin Lima sakai, Pulau Rupat, Selat Murung, Pulau Ketam, Pulau Payung, Pulau Wampu, Pulau Rampung dan pulau-pulau kecil yang termasuk wilayah kerajaan.

Propinsi Bangko

  • Hakim polis negeri Tebing Tinggi bergelar Datuk Dewa Pahlawan.
  • Hakim syari'ah bergelar Imam negeri Bangko.

Salah satu Imam Bangko yang dikenal bernama Imam Abdullah[47].

  • Sempadan-sempadan negeri: daerah sungai Sinaboi menyusuri tanah besar masuk ke Sungai Rokan sebelah kiri sampai ke Sarang Lang. Setelah itu, menyusuri sebelah kanan sungai rokan, Sungai Dira Pekaitan, Sungai Kencang dan pulau-pulau kecil yang termasuk wilayah kerajaan.

Propinsi Tanah Putih

  • Hakim polis negeri Tanah Putih bergelar Datuk Setia Maharaja.
  • Hakim syari'ah bergelar Imam negeri Tanah Putih.

Propinsi Kubu

  • Hakim polis negeri Kubu bergelar Datuk Jaya Perkasa atau Datuk Indra Setia.
  • Hakim syari'ah bergelar Imam negeri Kubu.

Propinsi Pekanbaru

  • Hakim polis negeri Pekanbaru bergelar Datuk Syahbandar.
  • Hakim syari'ah bergelar Imam di negeri Pekanbaru.

Propinsi Tapung Kanan

  • Hakim polis negeri Tapung Kanan bergelar Datuk Bendahara Muda Sekijang.
  • Hakim syari'ah bergelar Imam di negeri Sekijang.

Propinsi Tapung Kiri